February 18, 2015

Dia Pun Cerita

.
.
.

bersambung...



Pantau secara maya bukannya membantu pun. Semester berjalan seperti biasa. Hujung tahun 2012 tu aku suruh dia datang lagi ke Korea. Tinggal dengan aku sebulan. Cuti sem lagi. Senang nak tahu apa dia buat.



Masih tiada cerita baru. 



Akhirnya pada awal tahun 2013, dia cerita, ada sorang budak lelaki ni minat kat dia. Hishhh berderau jantung jap. Umur muda sangat dah ada yang minat. Macamana nak pantau? Macamana nak tahu itu dan ini? Risau, risau!



Aku pun balik Malaysia. Finally, boleh tahu lebih detail. Tapi jauh jugaklah sebab uni di Melaka. Dan aku kerja di Serdang. 



Maka, aku pun buat approach yang biasa aku buat. Interrogate!! Haha. Typical aku yang akan korek sampai dapat. Tapi dia ni lurus bendul sikit. Tak tanya pun dia akan cerita. Detail lagi lak tu. 




bersambung....



~~~



February 17, 2015

Mula Bercinta Monyet

.
.
.

sambungan...



Semester berjalan seperti biasa. Anak aku ni sangat aktif. Ada je aktiviti kolej yang dia suka sangat hadir. Yup, still hitam dan berkilat. 


Aku pulak kena kerja di luar negara. Setahun pulak tu. Tak boleh nak bawak sesiapa. Alim pun kena tinggal. Kesian anak2 aku. Risau macam nak giler dibuatnya. Tapi dah di assign, kenalah pergi. 


Mulalah cerita melalui email. Ya, cerita dari dia. Crush. Crush sini. Crush sana. As a mother, am all ears. Since melalui email, aku response secepat kilat. Ya, lah. Anak yang baru belasan tahun ni, sure kena jaga walaupun secara virtually. 


Risau? Opkos. 


Cuti sem dia, terus aku suruh duduk dengan aku sebulan setengah. Ni kes tak percaya kat dia. Haha, typical being mak yang control freak. Aku kerja, dia jalan-jalan ke Seoul sorang2. Dahlah sejam nak sampai ke Seoul. Aku kira percaya je kat dia tu.



Umur dah 18 masa tu.




bersambung....



~~~

February 16, 2015

Cinta di Usia Muda

.
.
.

Sambungan Kawin Muda.


Kisah anak perempuan aku. Umur 17 tahun dah masuk universiti. Diploma di UiTM. Mesti tertanya-tanya kenapa umur 17 dah masuk uni. Well, kisahnya, dia buat O-level di UK. So dia guna results O-level untuk masuk uni. Syukur, alhamdulillah, dia diterima masuk uni. 

Walaubagaimana pun aku paksa juga dia buat SPM di Malaysia. Itu pun, dia buat SPM masa dia dah masuk uni. Konpiuskan. Abaikan.


Semester satu berjalan lancar. Dapat dean's list (Itulah sekali pun). Opkos aku happy. Dia boleh sesuaikan diri dengan kawan2 yang lain. Itu yang penting. Maklumlah anak perempuan bongsu so dia agak spoil sikit (serta poyo).


As a teenager, memanglah perangai macam budak2. Happy memanjang. Setiap kali balik rumah, sure gelap dah kulit tu. Aku selalu berleter (ya, aku berleter) kat dia supaya jaga sikit kulit tu sebab dia perempuan. 


Kau ingat dia nak dengar? 


Opkos tak. Rasa nak dekuk-dekuk kepala dia tu. As a mother, aku memang risau bila anak balik rumah, rupa dah macam bangla kat setesen minyak. No offense to bangla (eh, ada bangla di petronas ini nama dia sama dengan Alim. therefore Alim is bangla. Sorry honey (my alim).



jap.


bila nak sampai bab cinta di usia muda ni???? hishhh


~~~



Kawin Muda

.
.
.

Ada nak cerita. Kisah nak kawin di usia muda.
Muda dalam linkungan 20 tahun.
Ya, 20 tahun.



Kisah bermula.
Cerita anak aku.





Nanti aku sambung.



~~~