November 14, 2020

Perjalanan yang Terhenti Seketika

 .

.

.




When you are at your lowest, well, memang kena redha. Tapi at times, masih teringat-ingat dan rasa marah, geram, tak puas hati, terus rasa kalau lah kaya raya dan duit berkepok-kepok, for sure boleh atasi semua ni. Siap boleh ambik lawyer dan saman mana patut. Tapi tulah, bila duit pun cukup2 makan je, maka, kita hire lawyer dalam hati je. Pastu kita berangan yang kita dah saman dia and the geng pastu kita menang kes. Heh. Always dalam mimpi je lah tapi. 

As a supervisor untuk student degree, master and PhD, aku memanglah sangat teliti. Always baca tesis student and betulkan. Banyak kali. Sebab I want the best. Sebab I want to be the best. Sebab I want the students to be the best. Kalau student viva pun, aku yang terlebih panik. Aku yang biasanya akan kejar student untuk siapkan tesis. I want them to berjaya dan dapat apa yang mereka kejarkan. Tapi tulah. Tu aku je kot. Bila kena kat anak sendiri yang jadi student dan tak dapat supervisor macam aku. Aduh lah. Sedih bila fikirkan perjalanan anak aku buat PhD. Sangat sedih. 

Akhirnya aku suruh anak aku tukar universiti setelah membazir banyak tahun. Dia harus buat semula. Walaupun perjalanan masih jauh, aku tetap will be there for her. Dia harus bangun semula. Mula dari A. Insyaallah Allah akan tolong. Kita usaha dan doa. Sebelum ni, Allah kata, bukan milik dia. Perjalanan dia dah tertulis dan dia harus redha. Aku pun redha. 

Sekarang dia baru mula semester 1 di universiti yang baharu. Aku pastikan dia tetap kuat, bukan takat makan kuat tapi belajar kena kuat. Weh, kurangkan makan tu ye. Turunkan 30kg. Tetiba. I know you can do it. You will do it. You have to do it. Just do it macam Nike. 

    

Supervisor dia kali ni sangat bagus. Memang ternama. Terkenal dalam bidang dia. Pangkat sama dengan aku. Aku doa banyak yang anak aku akan terus positif dan buat sebaik mungkin. Dia tidak sendirian lagi seperti sebelum ni. 


Kepada anak aku. You can do it this time. Am here for you!


Kepada pelajar di luar sana. Pilihlah supervisor atau penyelia yang betul-betul ikhlas, baik dan rajin.      


Kepada diri aku. Tak perlu masak kalau dah malas. Makan je kat luar sana tu. 



Dorayaki Kaja Meogo



DrNotts yang masih menunggu Jasper untuk makan Dorayaki sesama.

~~~