December 4, 2013

Pejamkan Matamu

.
.
.
Khusyuk, sangat penting dalam mengerjakan solat, bahkan ia menentukan pahala solat yang akan diterima oleh seseorang. Nabi SAW menegaskan: “Sesungguhnya seorang lelaki yang melakukan solat, dia hanya mendapat pahala satu persepuluh, satu persembilan, satu perlapan, satu pertujuh, satu perenam, satu perlima, satu perempat, satu pertiga ataupun setengahnya.” (Riwayat Abu Ya’la). 


Memejamkan mata 
Perbuatan memejamkan mata dalam solat menurut Dr Hassan Ali al-Saqqaf adalah mustahab (sunat) apabila ia boleh menenangkan hati, membantu melahirkan kekhusyukan dan membantu merenungi makna yang dibaca dalam solat, sama ada ayat al-Quran mahupun zikir lainnya.




Katanya, apa saja yang dapat menolong untuk melahirkan khusyuk solat ataupun ketaatan lainnya, maka ia dikira sunat. Menurutnya, hal ini disepakati kalangan ulama ahli penelitian (tahqiq), antaranya Imam Nawawi yang menegaskan: “Adapun memejamkan mata dalam solat...maka menurut pendapat yang terbaik adalah dibolehkan dan tidak makruh apabila tidak ada bahayanya, kerana boleh jadi perbuatan memejamkan kedua-dua mata itu mampu membantu melahirkan khusyuk dan menumpukan hati.” 


Ibn al-Mundzir dalam kitab al-Ausath mengatakan: “Menurut alim ulama bagi menjaga kualiti solat (khususnya menjaga mata) apabila seseorang yang menunaikan solat tidak mencapai khusyuk dalam solatnya, maka hendaklah dia memejamkan kedua-dua matanya.”




*google hmetro


***