.
.
.
Untuk peringatan.
Semua gambar ni.
Gambar aku.
Berilah aku peluang untuk menjadi model Nami Island dan berWinter Sonata hari ini.
|
masa mula2 sampai ingatkan kena tunjuk pasport sebab ada perkataan entry visa. rupanya tiket tu bertulis perkataan visa. like duhhh |
|
kau tengok tu, ada imigresen sekali. buat aku suspense je sebab aku tak bawak pasport. kang tak pasal kena balik kosong |
|
pastu, ingatkan naik boat lama, rupanya 5 minit je pun. cit. boleh nampak nami island tu dari jeti |
|
ok, aku tak mabuk laut yar. tapi ritu masa naik cruise ke belgium, siap mabuk laut cam nak mati lagi |
|
ajumma mana yang duduk atas lantai feri ni tah |
|
sampai je ke nami tu, aku dan along terus naik so-called-shuttle-bas tapi sebenarnya boleh muat 6 orang je. macam kat zoo negara punya kereta terbuka ni |
|
memang cantik pulak dia orang ni tanam pokok berbaris gini |
|
terasa macam winter sonata yang ponteng sekolah dan berpoya di nami island |
|
masa aku nak bergambar nilah semua orang nak lalukan |
|
cepat along, ambik gambar! kang ada je watak tambahan kat belakang tu |
|
yang penting, topi ajumma aku memang kelas |
|
kami pun berjalan sakan walaupun pulau ni agak kecik, tak sampai 20 minit dah sampai ke hujung |
|
kononnya, si hero dan heroin winter sonata tu buat snowman ni. mati kena tipu semua orang yang datang ni |
|
apa pun ajushi ni tidur lena atas pangkin yang orang lalu lalang. jangan main, dia pakai kasut jenama Filla ok |
|
terus rasa bangga dengan bendera Malaysia. cayalah Malaysia. I love you sangat! jangan tak tahu, aku ialah model untuk Malaysia kali ni. sila sebut 'ceh' semua orang |
|
selalu tengok dokumentari Korea dan nampak periuk ni. so nak bagi diri aku puas hati. best gak kalau ada periuk ni di Malaysia. buat kenduri besar2an pun ok kan. tak yah nak basuh dengan sabut |
|
bila aku tak ada mood nak berdiri bergambar, masa tulah tak ada orang sangat |
|
banyak gambar adegan winter sonata di sini. yang snowman kecik kat atas meja tu, adalah adegan dari winter sonata. so dia simenkan. kononnya. tapi semua satu dunia kena tipu. merata tempat kat nami ni ada benda alah ni. so mana yang betul. kita ambik gambar dengan gambar. huh |
|
nama pelakon memang aku tak tahu. aku tengok 2 kali je kot. lagi pun, ini cerita lama. masa keluar dulu pun, aku tak tahu entah apa punya cerita. |
|
kebuluran lalu membeli jagung yang tawar giler dan keras macam makan kabus |
|
rehat jap sebab ada orang tua dalam rombongan ni. eh, aku kah? |
|
itulah dua pelakon utamanya. pelakon supporting actor lelaki, entah apa nama, telah pun bunuh diri tahun lepas kot. muda pulak tu. tulah, bila dah famous terus nak bunuh diri. samada gantung diri dengan tuala good morning atau telan aspirin (kata korea tak ada paracetamol). aku tak paham wehh. alang2 nak bunuh diri, kau pakai pedang samurai je. bukan pedang kayu heh |
|
yang nak benar ambik gambar pokok ni lagi kenapa. hishhh |
|
kau berdiri gitu sebab kepanasankan.belakang tu ialah botol soju yang disusun. itu pun nak kau ambik gambar. pelik |
|
V for victory tapi aku rasa aku buat Peace. muahahhaha |
|
benda alah belakang tu muntah air tengok aku posing. cis |
|
sekali pandang memang agak suspense di situ. ada sorang perempuan gelap berdiri di tepi pantai. aku nak ke situ pun agak gerun. bukan gerun kat perempuan tu, tapi gerun sebab dia sorang je kat situ. jauh pulak tu. budak lelaki ni agak berani. malam kang sure dia mengigau |
Sekian.
Memang tak penat sangat pun.
Terdaya pulak aku.
By the way, Along akan upate blog dia pasal Nami.
Along
Nami Island, Korea
***