July 29, 2011

Ireland, United Kingdom, Italy and Belgium



Ikut hati nak besarkan gambar di bawah ini. Tapi macam malas je. Camner ek? Sebab tengah fikir, bila dah besarkan, nak letak kat dinding mana pulak? 









































Actually kesian pada anak-anak aku di Malaya yang tiada dalam gambar di atas. So macam tak jadi je nak besarkan.




Bila dah balik Malaya baru nak rindu kat semua ni kan. Mengada sungguh!






Kenangan cuma setahun di Ireland, UK, Italy, Belgium. 2010-2011

***

July 27, 2011

Latihan Sekali Nafas

Latihan sekali nafas.



Jom cuba. Baca dalam satu nafas saja hokey.




Makan kurma (yusuf taiyoob - sila sebut dengan cara berbisik) sambil tengok meteor garden CD akhir dan menikmati suasana suram di petang hari dan tiba-tiba kedengaran ketukan pintu dan baru teringat husband tracy datang nak ambil washing machine yang tua dan tak boleh pakai lagi lalu semua kain dihantar ke dobi Una Uni dan of course bau wangi sabun yang dibeli secara pukal.



Haaaa.


Dah biru muka tahan nafas?



***

Memang Padan Muka



Janji dengan Muhammad untuk pergi ke Darul Syifa hari ini. So malam tadi aku siap pesan pada Muhammad untuk bangun pagi dan seawal pagi. Tapi malam tadi pulak aku balik lambat sebab ada kelas. So tidur of courselah lambat. 



So pagi ni kami keluar pukul 10 pagi. Cis. Janji tinggal janji. Of courselah ramai orangkan. Aku tulis nama aku dalam buku. Yup, nombor 92 hokey. Saper nak bagi nombor 1 kalau datang pun pukul 10. Ingat sedara punya tempat ke? 




Aku tunggu sejam jugak. Alamak, baru 15 orang. Tempat pulak memang best sebab ada aircond. Sejuk dan rasa sangat selesa. Memang boleh lelap sejam dua mentara tunggu.




Muhammad dah resah. Aku dah resah. Kami pun keluar. Lapar. Singgah Ani Sup. Makan dua tiga round dengan Aliaa sekali. Burppp. Kenyang, John!. Terus tak pergi ke Darul Syifa dah. 



Saper suruh pergi lewatkan!!



Terus ke travel agent. Beli tiket ke Brunei. Baru minggu lepas cek harga RM1000. Tadi cek dah RM1200. Cis. Apalagi. Terus beli sebab dah padan muka! 



Hari ni dah dua kali padan muka. 




Terus balik rumah. Meraung. Sebab boleh beli beratus bungkus kuaci dengan RM200 tu. Taklah sampai beratus. Mungkin puluh-puluh je kot!





Tapi sempat juga makan sup gear box dan sup ekor dan mee hoon sup di Ani sup utara tu. 




Aliaa ajak tengok wayang Jumahat ni. Captain Amarika!




****

July 26, 2011

Reminder To Me

Stern Reminder:



Siapkan proposal geran this weekend. Kalau tidak, tak boleh makan kimbap!





***

Open Book Test For Them All



Ahad ni ada open book test untuk student aku. Dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Sila bersedia sambil makan kuaci ye!





***

My Life

Am thinking of a drama right now. My own drama. My own story.



***

Mimpi Entah Apa




Ada ke aku mimpi aku berada di Ireland malam tadi. Cis.Nasib baik bukan di Limerick! Actually aku datang ke Ireland dan tumpang tidur di rumah kenalan aku. Macam kenal je. Kenalan aku tu askar bertugas di Ireland entah mana datangnya tentera Malaysia kena bertugas di Ireland dan segala kelengkapan dibawa dari Malaysia termasuk kerusi set yang ada logo bendera Malaysia. Aku pun pergilah ke ruang depan dan nampaklah permandangan yang sangat cantik. 



Aku suruh Widad ambil Lumix. Eh ada Widad dalam mimpi aku rupannya! So of course Widad tak jumpa dan kena marah oleh aku. So dia bagi PSP untuk ambil gambar. Why PSP? So aku pun masuk ke ruang dapur tapi tersesat jumpa banyak bilik. Eh, bilik macam rumah style kampung dan Widad terlanggar lantai yang terbuka dan ada air di bawahnya. Ada pulak budak-budak kampung bermain di bawah rumah ada banyak air tu. 



Bila aku nak masuk rumah balik (entah bila aku keluar!) aku terserempak dengan ramai family Melayu berbual di tangga rumah tu (still macam rumah kampung). Aku pun minta tumpang lalu dan aku pun terbang  ke tangga atas untuk masuk rumah. Arghhh, kenapa mesti terbang? 



Pastu aku boleh naik tangga sambil tu cakap yang aku ni mengantuk sangat sebab masa tu aku ternampak seseorang baru bangun tidur dari salah satu bilik and aku malu sebab tersermpak dengan orang yang baru bangun tidur tu. Entah siapa pulak yang baru bangun tidur tu. Rupa memang tak nampak. Hantu ke? Tapi perempuan.




Abaikanlah mimpi entah apa ni!



***

Puas hati




Tengok Moon Geung berlakon dalam Painter of the Wind memang boleh dikatakan sebagai perhhhhh!


Tengok apa saja yang dilakonkan oleh Moon Geung memang kena cakap perhhh banyak kali. Sangat amazing!






*pinjam dari google.


***

July 25, 2011

Kalau Aku Diberi Pilihan


Kalau aku diberi pilihan, yang mana patut aku pilih?


London

Auckland

Seoul



????


***

Bengkel Yang Aku Lupa

Boleh ke aku lupa yang hari ni ada bengkel (TOT) sehari.



Cis.




***

Budak Lelaki Rugby Itu


Budak lelaki main rugby tu dah bulatkan lagi badan dia. Kata dia, mudah untuk tumbangkan orang lain. Memang nak kena budak ni. 




113kg.





Kalau berselisih dengan dia, sudah pasti akan tercampak ke tepi.




***

Weekend Masak



Sabtu dan Ahad kelmarin, Aliaa masak untuk lunch. Ye. Dia sangatlah masak. Hari sabtu masak sambal ikan bawal. Ahad, masak sambal sotong dan masak asam ikan patin. Eh, sabtu, aku masaklah. Ahad je dia masak. Terus aku lapar hari ni!




***

Mereka Tidak Mahu Ikut



Akhirnya, aku akan ke Brunei seorang diri. Iskhhhh, dulu bukan main lagi ramai yang nak ikut dan bukan main lagi aku nak bawa kanak yang besar dua orang di Malaya tu tapi apakan daya, mereka tu tak mahu ikutlah pulak. Suddenly rasa macam tak glamour je Brunei tu. Hello, Brunei ada Sultan yang handsome lagi kaya raya hokey! Memang tersangat hendak aku ke sana.



Perlu makan ambuyat nanti! 



Kepada anak-anak aku yang tak mahu ikut tu, lain kali tidak ku hingin membawa awak semua ke destinasi holiday tahun depan. Hong Kong? Seoul? Nilai?



Hangguk Kaja Chigum!



***

Planner Tiada, John!



Itulah masa awal tahun ritu tak pesan pada Maisarah untuk belikan planner yang nipis tu dari kedai koop UPM. Apakan daya, aku kena guna juga daya fikir aku yang hampir luput untuk mengingatkan tarikh meeting dan bengkel di musim cuti student niha. 




Rasanya ada perkara penting yang aku perlu lakukan minggu ini, tapi apa ye?



***

So Far So Good



Buat pertama kali bilamana aku pulang dari luar negara, aku tidak tambah berat badan. Mak ai, silalah gunakan bahasa yang tak terasa sikit. Ok ok, tak put on weight! Haaa, kan rasa macam tak guilty kalau put on weight pun. Sebenarnya, mungkin faktor aku tak put on weight sejak dah pulang ke Malaya ni adalah kerana aku tak berkesempatan nak menjelajah restorante yang sangat best di merata kajang, bangi dan nilai no offense to KL.


Dulu kalau aku tinggal lama di luar sana, aku sudah pasti akan put on weight hingga 10kg bila pulang ke Malaya. Erkk, memang macam makan lembu seekor. Tulang je kot! Kalau makan isi sure aku naik hingga banyak kilo. Eh, tak manasabahlah pulakkan. 



So andaikata aku diberi peluang lagi sekali untuk tinggal di luar sana, kemanakah akan ku pilih?





Apa kaitan?


***

13 Hari Hiatus


Suka hati aku lah nak hiatus ke tidak. Muahhahahhaha! Aku sibuk hokey. Busy hingga siap 3 papers. Pergghhhh, memang sakit kepala hotel ni berfikir dan sakit lengan menekan huruf di laptop yang tak ada meja ni. 




Heh!



***

July 12, 2011

Rindu Banyak Kali

Aku rindukan semua ini.


Memang mengada bukan?



1.  Not having to shower everyday during winter. Just once in two days. Lie. Pathetic eh!

2. Chilling all day long. I did it and I loved it.

3. Not having to think a lot. Amazingly, how I managed to do that for nearly a year.

4. Home cook foods. Chicken after chicken after chicken.

5. Wearing light jacket during autumn and spring. Especially dark color jackets. Eh!

6. Everyday was holiday for me. Wohoo.

7. The Red Sajadah.

8. The light blue and green Fiat Punto. Two of them.




***

Ice Cream Potong



Makan ice cream potong kacang merah ialah seperti makan cheese cake with blueberry topping. Yummy!




Pagi-pagi buta ye, John!


***

Mobile Phone Without




How does it feel not having a mobile phone as yet?





Darn cool!



***

Melaka Here I Come




Hari ni aku akan ke Melaka. Yez, our favourite holiday spot. Tapi aku pergi sorang je pun. Aku ada kerja.



***

Muhammad With His College



Aku ikut Muhammad register untuk Diploma Sains Computer UPM. Budak ni yang mempunyai rambut yang dipotong ala-ala Puckman (Glee) jalan berdua dengan aku dengan selamba. Agaknya orang ingat dia ni bodyguard aku since badan dah macam rugby player (eh, dia memang main rugby for Bangi Hunter pun) .  


So, masa nak register, of course pensyarah dan staff sudah pun sedia duduk sebaris untuk membantu dalam proses registration. 



Aku tahu mereka tu nak bertanya banyak soalan pada aku dan Muhammad tapi macam pandang tak pandang. Yelah, aku pun staff UPM so agak awkward di situ. Tapi as being me and definitely memang tak rupa pensyarah since I am a mother and parent today, aku buat bodo just for today and show a little bit of concern sebab aku nak pastikan anak aku dapat support dari aku (Muhammad dah siap pesan lepas ni jangan datang ke kolej lagi - sure malu sebab dah  besar pun Ibu hantar ke kolej untuk register jugak).




So akhirnya sudah selesai semua dan keesokan harinya semua pensyarah sudah suruh dia potong rambut mohican dia tu.



****

Hate Being Me!

It has been weeks that I have my opinion and mind read and I hate it!



***

As For Widad



Satu perkara yang aku dapat tahu mengenai budak kampung ni. Mungkin bukan semua kampung tapi setelah aku buat kajian di satu kampung ni, aku dapati,



semua budak lelaki dan perempuan berumur 11 - 17 tahun mempunyai teman lelaki atau perempuan ataupun sudah mempunyai bekas teman lelaki dan teman perempuan.





Adalah agak janggal jika mereka tidak mempunyai langsung.




Salah seorang subjek kajian ialah Widad. Budak lelaki berumur 15 tahun ingin menjadikan Widad sebagai teman perempuan istimewa (Widad is 17). Empat hari kemudian budak lelaki itu declare yang dia sudah jatuh cinta pada Widad. Really absurd. Baru kenal terus jatuh cinta. 







Wth!





****

Alim Being A Dark Kampung Boy



Kasihan anak aku si Alim. Setelah setahun tinggalkan sekolah di Malaya, bila pulang, dia harus mengejar pelajaran setahun yang dia terlepas. Kini, setiap minggu dia ada ujian pra, pre, percubaan UPSR. Mesti kepala hotel dia terkejut with all those. So minggu kedua dia pulang, dia dapat 2A, 2B dan 1C (boleh teka apa yang dia dapat C tu). Agak kagum aku tengok dia. Tapi aku tak mengharapkan dia dapat semua A sebab bagi aku, biarlah dia enjoy being a kampung boy. 



Minggu ni dia ada ujian setara satu Perak.


***

Minggu Rerun



Banyakkan rerun minggu ini.


***

Aku Pergi Tengok Wayang


Semalam si Aliaa book tiket Transformers di Jusco Cheras Selatan. Yup, setelah berminggu, baru kini aku dapat tengok. Pukul 8 malam pulak tu. So aku, Aliaa, Maisarah dan Muhammad pun redah ke Jusco untuk menonton. Memang best. Sebab aku suka. 


Khamis ni si Aliaa sudah pun book untuk menonton Harry Potter (nasib baik untuk dia sorang je). Aku cakap kat dia, kalau bagi sejuta pound pun aku tak nak pergi sebab tengok Harry Potter akan buatkan aku tidur nyenyak selama seminggu. Bosan amat tu! Aku tak suka Harry Potter mind you!



***

Tiada Kudrat

Seminggu aku hiatus. Seminggu haper. 11 hari tu. Memang aku agak tiada kudrat untuk menaip dan mengadap blog.



***

July 2, 2011

Sunday, Lana With Grandma



Semalam, hari ahad, aiman dan miza tinggalkna lana untuk aku. Yup. Supaya boleh aku gomol si lana tu sepuas-puasnya. Tapi lana ni kalau nampak maisarah, dia tak mahu kat aku. Iskkkk. Tapi bila dah lama sikit, dia ok. So bolehlah dia main dengan seronoknya.


***

I got Cuteh Tomorrow

I got cuteh tomorrow. Ini ayat Alim.