June 16, 2022

Kosongkan rumah ini and just give away

 .

.

.

  • Give away semua buku-buku.
  • Give away semua baju-baju yang dah tak pakai sebab tak kerja for two years. Baru pakai sekali dua. Ada yang lebih kali. Ada juga yang tak pernah pakai langsung. Apo.
  • Give away kasut kerja. Yang ok je give away. 
  • Give away CD drama, movie sejak zaman batu (kat tong sampah).
  • Give away tudung yang dibeli banyak-banyak pastu lupa ada banyak tudung baru rupanya. Masih dalam plastik. Hishh.
  • Give away semua pinggan mangkuk, cawan, teko, yang dibeli masa kat UK berpuluh tahun dulu. Kanak2  sila ambil cepat. Meja ni dah penuh. Sakit pinggang kemas barang kaca ni ye. 
  • Give away tupperware yang literally brand tupperware sebab jadik dealer kot. 
  • Pastikan barang dalam rumah ni minimal je. Tak perlu kuak lentang nak cari barang dah.

p/s No more shopping. No more. No more. No more. No more. Pentipu!


~~

February 21, 2022

Sudah Tiada

 .
.
.
Aku dah pencen. 
7 Oktober 2021 aku sudah tidak berkerja di UPM lagi. 
Lega? Tak pasti sebab dah lama work from home. 
Lagi pun, aku dah mula ambil cuti empat bulan sebelum pencen. 

Buat apa lepas pencen?
Staycation kat Grand Hyatt, Mandarin Oriental, Le Meridien. 
Holiday with the kids kat Port Dickson kat mana tah. Yang ada pool dalam bilik tu. 
Realitinya, bukan boleh nak keluar mana pun. 


Cuba banyak restoran. Blonde lah, sushi entah apa tah kat KL sana tu, mahal nak gilo. Akhirnya Zenmai gak yang sedap. Ishhh. 


Tup tup. 

11 Oktober terus start kerja kat Taylor's University. 

Maka, mulalah kerja baru aku sebagai Senior Research Fellow kat Taylor's University. 



p/s masih lagi malas nak masak. lantak kau lah alim. makan je roti hari2. mummy malas masak. mummy dah pencen UPM hokey! Tiber

~~