October 30, 2018

Bukan Dia Yang Cantik

.
.
.


Akhirnya, aku jumpa jugak blog aku ni. Ni semua gara-gara dak-dak UPM tulah. Kemain lagi manja. Siap nak negotiate pasal kuliah isnin. Nasib baik ajar multimedia tau. Kalau kuliah berbentuk teori, memang aku suruh dorang baca satu buku falsafah bagi perabih.


Ingatkan nak suruh ambil gambar kat zoo ke, museum ke, IOI city mall ke (tetiba), sungai pahang ke, panjat kinabalu ke kan.



Tapi.




Aku ni baik.




Eh, bukan baik. Tapi sangat baik. Heh.






By the way, insyallah, aku keluar TV lagi. Maka, semua tengok tau. Ambik gambar. Tapi gambar mesti angle yang elok. Jangan mulut ternganga pulak nak snap ye. Jangan lupa. Nanti upload kat ig ek. Letak hashtag seperti biasa tapi tambah hashtag seperti di bawah ini. Bagi Prof tua ni famous dua saat. Jangan nak merayap sangat kat kampong tu. Mentang2lah kampong aku kat Kajang je.




Isnin 
5 November 2018
8.30 pagi
Alhijrah

@drnormaliza
#MartabatBahasaMelayuUPM
#PengharmonianAntaraKaum
#ProfDrN
#BBM3410
#AlHijrah
#tulis pendapat awak di sini



Baca instagram dak-dak upm buatkan aku sengih je. Sebab ada hashtag yang kelakar. Tapi yang mana tak kelakar tu, rasa nak tekan X je.




Tapi apapun.




Aku nak bagi keputusan tentang kuliah isnin.





Yahuuu. Kelas Isnin seperti biasa. Baliklah ke UPM ye anak-anak. Kita kuliah seperti biasa.






Tak. Aku tipu.






Isnin minggu depan kelas online ye.





Pergilah sambung makan kat kampong tu. Makanlah dengan banyak. Masakan mak yang lazat tu.





Maka, tinggallah aku dengan kepsi yang tak lalu langsung. Nak merajuk dua saat.







Ok dah.





Prof Nak Pencen


~