August 31, 2016

Dejavu di Yongin, South Korea

.
.
.

31 Ogos 2016.

Finally, kami tiba di Yongin dengan selamat. Syukur Alhamdullillah. Setelah memikul 10kg kat atas bahu dan banyak lagi kilo di tangan, aku berjaya sampai. Opps, ya. Aku naik flight lain dari Alim. Kami jumpa di Incheon. Ha ah. Ngapalah naik lain flight sedangkan destinasi sama. Hishhh. Aku ni fully supported as in free segala bagai. Alim punya flight pulak sangat mahal kalau naik MAS.


Professor Song, as in Song (sebab kami ni dikira rapat jugaklah) ialah head of department. So dia yang jemput di airport semalam. Rindu pulak dengan dia sebab rasa cam dah bertahun tak jumpa. The last time was in 2014. haha baru 2 tahun. So, Song bawa kami balik ke Yongin. 92 kilometer dari Incheon. Perghhhh jauh giler. Baru aku tahu. 

Sesampai je di Yongin. Cam dejavu. Di situlah aku tunggu bas. Di sinilah aku jumpa banyak ulat bulu gantung. Di sana lah aku selalu tunggu Ajushi Kening Lukis. Ya, silalah baca balik post aku dolu2. Tak apa, aku akan cerita balik nanti. 

Banyak perubahan di HUFS. Ya, aku mengajar di HUFS. Tempat yang sama kerja pada tahun 2012-2013. Aku kembali sebab permintaan dari big big boss di department di HUFS. Dorang suka kat aku kot (hmmmm). So aku dengan rela hati, ikut je. Tapi aku, dengan banyak permintaan  (Hishh tak baik tamak yang DrNotts).

Actually semester dah mula Isnin lepas. Tapi aku dah beli teket. Maka minggu ni tak masuk kelaslah gamaknya. Jumaat pulak memang aku tak kerja di sini. Sebab aku minta gitu. Aku kena hantar Alim ke masjid untuk solat Jumaat (macamlah Alim tak boleh pergi sendirikan).

Di sebalik kegumbiraan....... Song drop off kat apartment A (as in A lepas ni) sebab dia ada kelas. Kami terus masuk apartment bila dah sampai. 6 beg yang seperti tak nak balik Malaysia. Pastu terus kata, 'Ya Allah Ya Rabii (sebab terkejut dan elak dari sebut perkataan lain), kenapalah kotor apartment ni'. Aku dah pancit. Aku mesej Song. Song datang. Dia pun terkejut. Aku tak puas hati. Song terus call bahagian admin yang in charge. So dorang minta kami tinggal di apartment lain (as in B lepas ni) mentara dorang cat semula dinding dan kemas rumah tiptop. Kami dah siap unpacked bagai. Aku dah siap samak segala pinggan mangkuk hayun. Pinggang dah nak patah masa angkut beg. Now dah patah renyuk bila dah basuh pinggan dan kemas rumah. Tetiba kena keluar ke apartment B mentara kemas. Aku terus samak lagi pinggan mangkuk kat apartment B. Bawa barang yang perlu je di apartment B ni. Arghhhh dugaan. Ngapalah tak bagi terus apartment lain (as in C lepas ni haha) kan. 

Dahlah intenet kena tumpang apartment sebelah. Entah ngapa tak leh connect. Malam tu aku siapkan beg untuk ke imigresen rini. Pastu tetiba..... tak jumpa passport. Mulalah kelabut. Cari satu apartment B. Lari naik atas ke apartment A (Barang kami masih banyak kat apartment A sebab dah unpack). Cari lagi. Tak jumpa. Terus peluh besar ibu jari. Mana pergi passport ni? Aku ni makin lupa sejak sejak sejak entah bila ni. Dah tuo bonar. Panik lagi. Dua apartment ke hulu ke hilir cam orang giler. Alim yang tolong banyak. Dialah yang ke hulu dan ke hilir mencari as well as angkat beg dan barang. 

Well, I cried my heart out. Thinking. Sure big hassle bila passport hilang. Mana nak report polis lagi. Mana nak paham orang cakap Korea lagi. Dah lah aku ni slow bahasa Korea. Dah lah kena pergi Malaysian embassy di Seoul lagi. Dahlah kena gi immigration di Korea lagi sebab kena buat visa semula. Sedangkan dah buat visa Korea masa di Malaysia ritu. Oh tidak. Aku terduduk kejap. Sambil tak boleh fikir sebab blank. Aku tuduh otak aku yang tak sangat berfungsi sejak dua tiga minggu ni. Macam slow je nak fikir. Segala ayat keluar supaya Allah tolong aku clear the mind so that aku boleh ingat mana aku letak passport tu. Sampai terfikir aku di pick poket. Tapi duit won ada lagi ni. 

Pastu aku cuba cari lagi buat kali ke sejuta. Duhhhhhhhh. Terus terjumpa. Dalam beg. One of the begs. Arghhhh, aku dah cari kat beg tu banyak kali and Alim pun dah honggah dalam beg tu banyak kali. Boleh tak nampak. Ni semua gara-gara marah sebab first impression kat first apartment adalah menghampakan. Masa jumpa tu, Alim dah naik atas cari di apartment A. Aku di apartment B yang tumpang tu. Masa jumpa tu, memang alhamdullilah banyak kali. Allah tolong clearkan mind aku tadi. Tulah, ngapalah banyak sangat korup otak aku ni sampai semua boleh lupa. Main lagi pokemon kan (Zulhelmi as in menantu aku mesti dah tangkap banyak rare pokemon).

Apapun, Alim is the best. Dia banyak tolong sampai terlelap kat sofa petang tu. Dia angkat beg semua and pindah pun dia buat semua. Love you, honey.

Ok dah. Kang sambung. Sebab nak clear my rusty mind, body and soul. Nak kira waktu dhuha di sini. Sunrise tolak Fajar bahagi tiga campur sunrise. Kan?




~
~
~

Yongin, South Korea.