January 29, 2014

Tips Menulis Artikel Akademik

.
.
.

Baca dan baca banyak artikel yang sudah terbit.

Pastu tidur.









*yawnnnnnnnnnnn






***

January 28, 2014

Duit Ke?

.
.
.
pada suatu hari, aku dapat sampul ni. terus dimasukkan dalam beg. terfikir. apalah ada dalam sampul cara gini. nak katakan kuih, mana lak ada kuih koci korea kan. eh

bila buka, hambek kau, duit rupanya

aku kira dari jauh. ada 6 ikat. wah, main ikat reben je ni

satu ikat ada 1 juta won. maka kayalah aku pada hari tu. terus joli sakan





Best juga bila kaya kejap. Dalam sehari je, aku habiskan duit ni. Maklumlah joli tak hengat. Lepas tu terfikir, tak nak simpan sikit masuk frame ke? Memang taklah nak hengat masa tu.





Gambar ni frame boleh kot….


***

January 19, 2014

Ingin Jadi Penyanyi Pula

.
.
.

Bila baca dalam akhbar.
Pendapatan penyanyi muda.
Setahun RM5,000,000.
Maknanya lebih kurang.
RM 500,000 sebulan.
Lebih kurang 130 juta won sebulan.
Motif nak tukar ke won?

Tak perlu nak ada phd.
Tak perlu nak baca buku sampai kurus. Eh.

Boleh kaya.

Motif cerita.
Aku nak jadi penyanyi jugak.


…?




***

January 13, 2014

Beli Rumah Baru Kita

.
.
.
Rata-rata orang nak jual rumah.
Semalam saja ada dua rumah kami tengok.
Kononnya nak beli.
Tapi agak mahal.

Memang rumah mahal kini.
Tapi perlu ada rumah.
Untuk masa depan.
Bukan untuk aku.
Sebab aku dah ada rumah pondok.
Cukuplah untuk tampung segala.

Untuk anak-anak.
Masalahnya.
Mahal dan banyak perlu di perbetulkan.

Terfikir.
Generasi akan datang.
Mampu ke beli rumah yang kecil tapi mahal.
Kesian.

Generasi tu.
Anak-anak aku.
Kerja besar mana pun.
Belum tentu mampu beli rumah.
Takat apartment.
Dah sampai RM380k.
Berdarah bijik mata pun.
Belum tentu dapat.




Khemah?



***

January 12, 2014

What Have You Done?

.
.
.

Vitamin B complex
Folic acid
Iron tablets
Anaemia
Kuaci
Heart failure
Osaka
Seoul
Sidai Kain
IOI Palm Garden
198/150




****

January 6, 2014

Aku Punya Banyak Masa

.
.
.

Jangan kau tak percaya.
Aku penulis lirik ok.
Actually, memang aku ni pernah tulis lirik.
Satu lirik omputih.
Jangan memain oi.
Aku tulis omputih.
Itu dulu.
Dah dapat bayaran setimpal.
So tak boleh nak claim cekadak lagi dah.

Pastu ada lagu Melayu.
Dah selesai.

Now.
Aku tulis 20 lirik lagu.
Memang fuiyooo.



Tak dapat bayaran pun yang ini.
Sighhhhh.


Nanti bila dah siap lagunya.
Aku siarkan di sini yar.


Ada sesaper nak upah aku tulis lirik lagu mereka??
Sila hubungi aku cepat.
Aku punya banyak masa ni.







***

January 3, 2014

Holiday Plan for This Year

.
.
.

Alim cakap. 'Mum, I want to go to Korea this year'.
Aku cakap. 'We'll see'.
Alim cakap. 'Can you not say we'll see, mum. Because, it means, definitely no to me'.
Aku cakap. 'We'll see'.


Haha, best juga dera budak kecik ni sebab kalau aku kata ya ke Korea tu, dia akan tanya dua juta kali nanti. Letih nak jawab.



Maka, kita akan ke Australia main dengan kangaroo hokey.



Or.


Not.



***

January 2, 2014

Jom Pindah

.
.
.

Along pindah rumah baru.
So semua anak2 aku yang lain datang tolong.
Terharu kejap.
Walaupun Lana, Vivy dan Sofea cuma sepahkan rumah Grandma.

Taklah aku risau nanti.
Bila aku dah mati.
Anak2 akan bekerjasama.

Nak risau apa lak kan.
Dah mati.
Mati jelah.
Tak perlu nak risau yang hidup tu.
Pandai dia orang lah nak buat apa nanti.
Betul tak?

Well.
Aku main dengan cucu satu hari suntuk.
By 9 malam.
Aku TKO dulu.
Letih tengok cucu.
Bukan letih jaga cucu pun.



***

Kutu Merayap

.
.
.

Tahun ni aku main kutu lagi.
Kali ni tambah dua nama.
Ya.
Aku still main kutu.
Dah tua bangka pun main kutu gak.
Kalau tak main kutu, sure duit tu habis aku joli.

So, tahun lepas punya kutu.
Aku dapat beli barang.
Kononnya barang kemas.
Bila aku mati.
Bolehlah anak2 aku dapat satu sorang.
Buat kenangan.

Tapi bertabah main kutu ni.
Fakulti aku je ada 8 baris kutu.
Bayangkan satu orang akan dapat 1,200.
So kalau main 8 nama sebab ada 8 baris.
Boleh dapat 9,600.
Kaya walawei.

Dah.



***