July 10, 2013

Maafkan Aku

.
.
.


Sempena bulan ramadan ini, aku ingin memohon maaf kepada semua orang yang mengenali diri aku ini. Salah dan silap. Tersasul kata. Tersilap prasangka. Tersentuh hati. Terguris perasaan. Maka, aku ingin memohon maaf yang tidak terhingga. Kepada yang lebih mengenali diri aku ini, aku mohon maaf tidak terhingga jua. Muga amalan ramadan kita ini semua diberkati Allah. Muga ketenangan ramadan ini berpanjangan. Amin.







***

July 7, 2013

Jom Kita Abaikan Sofea

.
.
.



Phew, finally boleh rest. Balik dari PD petang tadi, aku terus TKO. Tipu. Aku sempat tengok TV drama Melayu. Kelakar pulak tu. Tapi dah lupa tajuk apa. Lantak. Malam, Sofea datang. Budak tomei tu dah lupa Grandma dia. So nangis. Lepas sejam. Terus cam bestfriend dengan grandma. Kiss.


Tiba-tiba, teringat. Ceh, tiba-tibalah sangat! Aku lupa nak buat amendment untuk satu artikel dalam journal ISI. Arghhh. Dah seminggu kot diberi tempoh tapi aku tak sempat nak buat. Bukan tak sempat tapi lupa. So terus duduk buat dan abaikan Sofea budak tecit tomei tu. Tian budak Sofea.


Dalam sejam, dah siap. Haha, drama habis aku ni. Bukan susah pun nak amend artikel aku tu. Harap boleh terbit dalam tahun ni jugak. Kalau tidak, jom kita mogok tak makan waktu siang hari. hahah, kata puasakan.


Jom, Sofea. Kita best friend semula.





Dah.


***

July 6, 2013

Kerja Tanpa Henti

.
.
.

Minggu baru ni sangat hectic. Sampai terlelap di hotel mentara tunggu the next session belah petang. Aku pun kira terror sebab boleh lelap sambil duduk. Menunjukkan betapa penatnya aku. Itu semalam. Nasib baik petang tu, last session aku bagi ceramah. Maka, malam tadi, aku tak boleh nak attend satu lagi event sebab mata tak larat nak bukak dan badan macam fail. Pagi ni pulak, aku kena prepare nak ke PD. Ada satu lagi kerja. Tidur di hotel juga. Esok balik. Lepas tu bolehlah aku ketuk kompang tanda sudah merdeka dari kerja tak berhenti.






Tapi still nak makan sashimi.





***

July 3, 2013

Lelaki Tu Kawin Dengan Adik Dia Rupanya

.
.
.


Aku terjebak. Oh tidak. Mengapakah! Ni semua Along punya pasal. Dia buka epdrama. Cerita Jang Ok Jung in Love. Drama ni top masa aku kat Korea tapi aku tak nak tengok sebab tak ada subtitle. Si Kim Taehee dan Gol-oh yang berlakon. Hahah Mana ada nama Gol-ol dalam drama tapi aku cuma ingat nama tu sebab dia berlakon Sungkyungkwan Scandal. Ish. Malaslah nak terjebak lagi ni. Sebab semua drama Korea ni sepesen je. Cinta tiga segi. Dengki mendengki. Pastu cinta lagi. Bila dah penat cinta baru tahu orang yang dicintai tu adik kau. hahah typical drama Korea dengan cinta adik beradik. 






***

Jangan Baca Sebab Hari Ni Nak Membebel Je

.
.
.



Hari ni aku macam mengantuk gilos. Rasa macam kerja kilang dah seminggu. Shift pulak tu. Semalam aku kerja sehari suntuk. Hingga 10 malam lebih kot. Campur layan TV lagi bila dah balik tu. Haha. Hari ni, aku bengkel belah pagi dan lepas tu kena berdesup ke Melaka. Kena present paper. Tak sempat nak print paper tu. Tapi lantak.



Dah call Muhammad. Dia kena drive aku ke Melaka sebab aku mengantuk. Balik dari Melaka, aku ada bagi ceramah di UPM. Kejap je. Pukul 10.30 malam habislah tu. 


Pagi ni aku dah menguap 2 juta kali. Dahlah dah nak dekat lima hari tak jalan kat treadmill. Maka, badan dah sengal. Sengal = lenguh. Bukan sengal = poyo. hmm, boleh jelah tu.







Yang kau nak update pasal kerja kau tu kenapa? Macam ada orang nak baca.





***

July 2, 2013

A Doctor Here and There

.
.
.



Jap. Tuit. Aku baru tau hari ni. Dr Roslida baca blog aku. Terus guilty sebab dr ni dari fakulti medic. Hmm.



Ada tak post sebelum ni aku citer pasal anatomy? Or sakit macam nak mati ke?




Deep thinking.






***

Salah Info Yau

.
.
.


Mahap. Hari ni tersalah info. Aku yang salah tengok surat tu. Actually bengkel hari ni di Bangi Golf Resort dan bukan di Equatorial Hotel. Cet. 


Pepagi sampai dah berebut parking dengan orang nak main golf. Memang kedu kejap sebab yang nak rebut parking tu dengan merz convertible. Zet. Pastu segala convertible ada. Banyak kereta gabak2 termasuk keter aku (not). Masuk ke kawasan golf tu jumpa ramai caddy tunggu boss dia orang.


Terus aku rasa macam pakai baju caddy. Agaknya memang lekeh kot aku ni. 


Yang paling sedih. Aku pergi hadir bengkel waktu bekerja dan orang main golf waktu bekerja. Apakah? Agaknya memang tulah aktiviti orang kaya semasa kita bekerja. 



Apapun, mungkin dia orang memang profesional golfer or bukan mungkin tapi sebenarnya.



After all, there is no creme brulee. Drool. 






***

I Love Segala Punya Tshirt

.
.
.

Awal giler aku siap pagi ni. Ya. Aku harus menghadiri satu bengkel. Kalau tak hadir, tak cukup 7 hari berkursus. Maka ku gagahkan diri pergi. Cit. Tak ada gagah mana pun. Bengkel di Equatorial Hotel kot. 5 bintang. Saper tak nak. Makan sure best. Tempat selesa. Kalau bosan bengkel, boleh main golf dengan Datin2 yang pakai baju polo original yang harga 1200 sehelai tu. Kalau akulah, memang tak beli dah tshirt polo tu. Baik aku beli tshirt 'I Love Korea' 10,000 won untuk 3 helai. Apakah?




Aku sokong produk Malaysia ye, kengkawan. Maka aku beli juga tshirt pagoda. Sejuk je bila pakaikan. Eh, bukan ke pagoda untuk jejaka je. Untuk Alim. Pehal aku lak yang nak pakai. Kata sokong produk Malaysia. 




Maka, ku harungi hari ini dan esok dengan semangat waja dan bayangkan ada cream brulee menanti aku.






***

July 1, 2013

Daiso di Korea Sangat Hebat Tapi Apa Kurangnya di Malaysia

.
.
.


Kononnya semua kanaks nak diet. Tapi rasanya diet ni dah diplan sejak berjuta tahun dulu. Kenalah aku exaggerate sebab aku pun selalu cakap nak diet tapi memang tak pernah kesampaian pun niat aku tu. So deal kali ini ialah, dalam bulan ramadan, siapa yang paling banyak turun berat badan akan dapat hadiah. 



Tapi dah janji hadiah tak boleh dari Daiso. Apa ada Daiso kan, selain dari barang rege RM5. Hah. Tapi kat Korea, akulah orang yang paling suka ke Daiso sebab ada banyak cleanser dari Jepun yang murah gilos. Terutama yang dari perisa Rosemary (siap ada perisa you all). Boleh meleleh airmata dan hidung bila guna cleanser Rosemary. Pedih giler kot mata dan hidung tu. Patutnya Rosemary guna untuk masak tapi kau guna kat muka. Memang haru dibuatnya. 



Barang Daiso di Korea sangat lain dari di Malaysia ni. Malaysia ni aku suka beli benda yang boleh nak alter seluar jeans atau apa saja yang melibatkan alteration. Aku cuma lipat seluar dan ambil kain tu dan iron. Kain tu melekat dan seluar dah pendek tanpa potong sebab mana tau, kaki aku akan panjang lagi tahun depan (teori bodos). Lepas tu, kalau dah kaki panjang, boleh tanggal je kain yang diiron tadi dan tarraaa terus seluar jadi panjang semula. 




Esok nak minta kerja kat Daiso.






***





Semua Orang Suka Drama Korea Ke?

.
.
.


Aku ingat aku minat drama dan filem Korea. Tapi rupanya aku ni sebenarnya minat seketika je. Now cuba kau teka aku minat tengok citer apa? Well, selain NCIS dan Law and Order, aku juga minat tengok food channel. Rasanya berjuta orang suka tengok food channel dan berjuta juga yang malas masak macam aku. Haha. No offense. Tengok rancangan masak sama je macam masak kat dapur. Cuma tak penat dan tak dapat rasa makan je. Eh.




Hari ni, aku berurusan di RMC. Bukan Royal Military College tapi jap, apa benda RMC ni huh. Jap nak google. Oohhh Research Management Centre. Haha, baru tau mender acronym RMC tu ke. Sedangkan dah berulang alik ke sana nak dekat 27 kali. 





Lunch di Johnnys. 





Ada buat sandwich di food channel. Slurppppp!!!





***