March 27, 2017

MacBookPro

.
.
.




Battery apple ni dah makin kerap cepat habis. Kita jangan guna selalu sangat ke macamana?


p/s Aku dah mula tak suka instagram!



Yongin, South Korea

***






March 26, 2017

Piket

.
.
.
Apa jadi kalau aku dan alim pergi ikut piket kat Seoul?
(Kau bukan orang Korea!)



Yongin, South Korea

***

March 22, 2017

Pajeri Nenas Korea

.
.
.
Week 4/16 in HUFS, Korea.





Rini, lunch with pajeri nenas.
Yup.
Aku masak kot pajeri tu.
Actually memang beli nenas tiap minggu.
Tapi kali ni.
Nenas tak manis langsung.
So dari buang.
Baik masak.


Bolehlah.
Dari tak ada.
Kan dah tak lalu makan.


So makan dengan garlic goreng krispy.
Also with seaweed halus.
Dengan kimchi.


Cuba juga cari selera tu.
Maka merapu kita campur2 makan.




Tak kurus gak.
Hishhhh



Yongin, South Korea

***

March 16, 2017

What If You Just Don't Know What To Eat

.
.
.
Dah beberapa minggu tak lalu nak makan.
Asyik masak yang sama je.
Kalau kat Malaysia boleh je hidup.
Yelah, bukan masak pun kat Malaysia tu kan.
Heh.


Tapi ramadan kat Malaysia, aku masak tiap hari ok.
Literally tiap hari.
Sebab tak lalu nak makan kat bazar.
No offence to peniaga bazar.
Bukan tak sedap.
Tapi ermmmm.

Kesian kat alim lah.
Sebab dia redha je apa yang aku masak.
Dia tak pernah complain langsung.
Elok je dia makan.
Minggu ni kami makan nasi goreng je.
Letak perencah satay ayam.
Yang along bawak ritu.
Aku frozenkan.
Aku masak dua kuali.
So makanlah hingga tak hengat.

Rini aku kerja.
Tapi kena remind myself all the time.
Yang aku kerja.
Sebab kerja pukul 12.30.
Kang lupa terus.
So pukul 11.45 baru aku keluar rumah.


#ilovemyjobilovemyjobilovemyjob


p/s kawan aku yang UMT tu pergi Riyadh katanya. ada pesta buku sedunia. lom balik lagi ni. sebab dia kata dia terus buat umrah. she is so lucky. rindu pulak kat dia. Dato', aku rindu kau!!!!



Yongin, South Korea

***

March 13, 2017

Spring Masih Belum Tiba di Yongin

.
.
.
HUFS - Minggu 3/16 (lamanya nak habis semester ni)
.
.

Jeju dah spring.
Bunga dah keluar.
Geoje pun dah spring.
Kemain cantik bunga plum, magnolia.
Sakura belum nampak lagi katanya.
Ni sebab Jeju dan Geoje terletak di selatan Korea Selatan ni.
Penduduk sana mesti dah simpan baju winter dalam gerobok dah.
Jeloussssss ni!!!


Yongin?
Well, oleh kerana yongin ni dekat utara.
Hampir dengan Seoul.
Hampir dengan Korea Utara.
Maka, kami belum nampak bayang satu bunga pun.


Cuaca masih sejuk.
Tapi taklah sampai freezing.
Siang paling tinggi 15 darjah.
Kalau malam bolehlah sampai -2.



Mungkin dalam dua minggu lagi.
Cuaca makin cantik.
Dah boleh bungkus jaket winter.
Sure berat nak bawak balik Malaysia nanti ni.


Yongin, South Korea

***

March 10, 2017

Impeachment

.
.
.


Hari ni diisytiharkan impeachment terhadap Presiden negara aku tinggal ni.
Masa nilah yang diimpeachmentkan.

Masa aku kat sini 2012, dia jadi the first presiden Korea yang perempuan.
Semua rakyat bangga giler.
Now aku kat sini gak 2017, dia dikehendaki turun secara paksa.
Semua rakyat macam tak hengat dunia.

Sebenarnya dah 19 minggu rakyat Korea buat piket/demonstrasi di Seoul.
Sejak tahun lepas lagi.
Sebab tu tak boleh ke Seoul pada hujung minggu.

Tapi oleh kerana hari ni yakni, hari jumaat pulak diisytiharkan hal presiden dorang ni.
Maka, aku dan alim tak berani nak kemana-mana.
Alim je pergi gwangju untuk solat jumaat.
Aku tak ke mana.


Kang tak pasal, aku terlibat sama lak.
Muka memang tak rupa Korea pun.
Tapi dah pergi supermarket Korea, sure dia ingat aku Korea. Eh.

Pastu, hari ni ramailah manusia kat Seoul.
Ada yang marah sebab tahan presiden dorang.
Yang sokong tu, semuanya tua belaka.

Yang golong muda.
Semua nak perubahan.

So tadi, ada dua orang mati.
Yang piket tu lah.
Tengok tv sini, ngeri pulak piket dorang.
Polis siap tergolek dipukul dek dorang tu.

Harap Malaysia aman.
Walaupun ada banyak piket sana sini.
Malaysia tetap aman. Insyaallah.

Sebab yang penting.
Semua rakyat Malaysia.
Tak kira bangsa apa.
Semua suka makan.
Bila makan.
Semua orang tak gaduh.



Esok kami duduk rumah jugak.
Tak nak keluar.
Hingga minggu depan.


Esok lusa.
Sure ada drama goblin versi presiden korea.
Err, nak ke goongyoo dan doongwook berlakon nanti?
Hmm.



Impeachment is the process by which a legislative body formally levels charges against a high official of Government.

.
.

Yongin, South Korea

***

Saya di Korea Selatan

.
.
.
Ada juga kawan2 aku di Malaysia wasap.
Tanya khabar.
Ok, ke kat sini?
Mereka risau.
Pasal kes Korea Utara.

Aku terharu jugak.
Sebab ada yang nak bertanya.

Maka, aku bagi tau.
Korea Utara dan Korea Selatan, negara yang berlainan.

Tapi aku tak berani jugak.
Kat sini.
Kang tak pasal.
Dekat je Korea Utara kat atas nun.


Maka aku duduk diam2 pergi kerja balik kerja.


Rini goreng mihun rencah crab stick.
Hambek, banyak crab stick dari mihun.




Yongin, South Korea

***

March 8, 2017

Snow in March Tetiba

.
.
.
Semalam sejuk kemain.
Menggelatar gak lah balik kerja.


Hari ni sejuk jugak.


Tetiba snow turun lagi.



Bulan Mac kot.
Patut dah nak masuk spring.










Yongin, South Korea

***

March 5, 2017

Saper Update Blog Hari Ahad

.
.
.
Dah beberapa malam tak pasang floor heater.
Sebab cuma -2 je bila malam.
Nampak macam ok.
Cuma menggigil je bila bangun.


Pagi tadi.
Dapat mesej.
Makcik aku meninggal dunia.
Innallilah...
Aku doakan dia di tempatkan bersama orang beriman.

Hari ni.
Bangunkan Alim awal.
Kalau tidak, dah sure dia tidur manjang.
Goreng semula roti telur yang dibawa dari Malaysia.

Aku dah siap soalan untuk ujian komunikasi staf samsung.
Bagus juga naik bukit sekali lagi.
Nasib baik sekali je.

Yang penting.
Seorang yang aku soal, aku dapat 50,000 won.
Sila kali dengan 3.9.
Heh.

Baguskan.
15 minit dapat banyak tu untuk sorang.
Bagilah lagi 40 orang ke.
Baru boleh kaya banyak.
Tamak.




Yongin, South Korea

***


March 4, 2017

Photo Winter

.
.
.
Ni gambar ritu masa snow turun pastu tak cair2 hingga berminggu. Saja nak letak sebab aku nak delete semua gambar dalam fon. Fon cikai, tu yang tak boleh tampung banyak gambar.

Gambar pada 3 Febuari 2017 di perkarangan apartment. Masa ni kami nak ke emart. So si Alim yang ambil gambar. Entah apa2 budak ni snap.



saja nak letak gambar snow ritu. ni pose eh, jom pegang kolar jaket!

dalam satu gambar yang ok, ada lagi 30 gambar yang tak ok. macam nilah

motip tengok tepi?

eh ada sejuta won kat situlah, punya pose

kan dah kata jangan pergi sana, punya pose




Yongin, South Korea

***

March 2, 2017

Kenapa Korea Cuti 1 Mac? Jawab

.
.
.
Aku kerja dua hari je seminggu. Dah sebut dalam blog sebelum ni. Kelas hari Selasa dari 9.30-3.30. Khamis dari 12.30-3.30. Habis kelas balik rumah. Kalau kelas start lambat, aku pergi kerja lambat. Ni style kat Korea. Sebab tak perlu nak bertunggu tangga kat opis. Boleh buat kerja dari rumah. Work from home, you know.



Well, semalam 1 Mac yakni hari rabu aku memang tak kerja. So aku pun relaxlah duduk rumah. Pastu intai kat tingkap. Kenapalah student tak ada yang lalu lalang atau sibuk nak ke kelas. Sampai tengahari still sunyi sepi. Pastu baca kat ig sorang ni yang duduk di Korea juga. 



Rupanya 1 Mac ialah cuti satu Korea.



Nasib baik aku tak kerja. Kalau tak, dah sure aku pergi ke kelas pastu orang tak ada. 


1 Mac ialah hari perayaan sempena Korea Selatan terlepas dari Jepun. Jepun jajah Korea agak lama. Tu yang musuh sampai sekarang. 



Dah, tu je nak cerita. Kalau aku kerja semalam, dah sure aku malu setahun.


tak sempat nak cicah cokelat. habis terus kami makan

sedap gilos pergghhhh. mentara musim stoberi. so makan banyak ler

.  
ni kat cafe Nescafe kat bawah apartment. tunggu Prof Song datang. kalau aku sorang memang tak lah aku nak minum kopi. i dont do colored drinks
cokelat the best. memang sedap giler. kat sini tak ada lah aku risau put on weight ke haper ke. sebab aku kurus sikit adalah sebab jalan banyak kot. 

mangga dua bijik 9,000 won. lebih kurang rm36. balik kupas dan makan. mak ai, masammmmmm. rugiii




Yongin, South Korea


***

March 1, 2017

Chopstick Halal di Seoul

.
.
.
Kalau nak ke chopstick halal ni, eloklah naik teksi. 8,000 won je pun. Kalau ramai boleh share. So no problem. Aku malas nak naik bas. So bagi tau teksi tu nama jalan. Tunjuk je peta bawah nia. Kalau korang ada fb, silalah add ni supaya senang nak cari nanti.

Restoran ni cuma satu kedai kecik je. Empat segi. So ada pengadang untuk masak. Literally kecik but cosy. So bolehlah nak makan korean cuisine. Although tak banyak choice tapi kami order semua sebab nak rasa semua. hahhahhaha. Sedap jugaklah.


Mr Hasan ni cakap, dia akan tukar nama kedai. Dah lupa apa dia suggest ritu tah. Korean Halal ke? Aku lupa sangat dah.






baru sampai

ni tempat makan nya. kecik je. ada dua meja. satu meja ada empat kerusi. so ada 8 kerusi. and dats it. 

mr hasan. tengah ambikkan air.

peramah orangnya. kami order punyalah banyak. masalahnya choices sikit. tapi apapun, sedap. order nasi daging. nasi lauk ayam, bebola daging pedas. kimbap

yeah mum, why are you so short. 

make sure kalau naik teksi, turun kat sini. senang. pastu cross the big road. jalan sikit ke lorong, tu jumpalah restoran ni

beli kimbap bawak balik rumah. air tu service. hahah free. sedap kemain. katanya tradisional korean drink yakni masam manis pastu entah apa rasanya. tapi sedap

kimbap daging

ni dia bagi kad dia. dia ni pun volunteer kat korean muslim federation. banyak juga dia bercerita.




Yongin, South Korea

***