September 30, 2011

Anchovies and Alevin



Alim:  Mum, what are anchovies?

Mum:  Small fish. Like Alevin.

Alim:  What is Alevin?

Mum:  Small fish. Like anchovies.

Alim:  (Pause. Thinking.. Still thinking). Mum, you're not helping.

Mum:  (Really smiling. I know am not helping). By the way honey, just eat your Alevin.







   

***

Am Done With September



Yup.




Am totally done with it.



***

Tim - Saranghamnida



I miss Tim!










Dear Jonah, 


Sorry for not thinking about you for just a bit!




*pinjam youtube


***

Desas Desus



Aku diberitahu yang aku sudah dapat offer yang lebih bagus.


Terus aku excited.


Terus juga aku terfikir.






Bila pulak aku apply?








P/S:  Aku kena cari hobi baru. Tapi apa yarrr?


***

The Best Friday Ever


Aku memang suka exaggerate. Tak ada beza pun dengan jumaat lain. Sama je. Aku mengajar dari 10 pagi hingga 9 malam. Bukan. Bukan straight mengajar. Ada gap in between. Cuma kelas petang tu start lambat. 


Hari ni topik untuk student PhD aku ialah quantitative paper for publication. Yup. Kena buat paperlah maknanya. Sure berlori pahala aku dapatkan. Heh. 


Bukan apa, student sure kutuk aku sebab assignment yang susah so aku yang dapat pahala. Huahuahua. 

Dah tahap PhD, kenalah bersusah payah. 


Tadi pagi ada appointment with one of the professors at UPM. Dia sangatlah baik dan helpful. So kesimpulan, aku akan buat amendment untuk dua paper aku dan submit pada dia untuk publication. Hopefully with impact factor. Whats with the impact factor? Hishhh.

Kawan aku marah sebab tak pakai mobile phone. Aku memang tak suka guna phone so aku pinjam nombor dari Digi. Nantilah aku fikirkan.


Tadi ke bank jua. Nak minta waive fees for credit card. Banyak cekadak punya card yang fees hingga 150 hengget. Boleh beli famous amos berkilo-kilo tu.


So lunch dengan Maisarah di pentadbiran. Lauk dah habis so makan apa ada je sebab aku dah malas nak jalan sebab panas. Malaysia hot, you know!  Kacang bende rebus. Bende tua so liat gilos. Ayam masak lemak cili api dan sambal belacan.







Am craving for food at CRS!


Otukeh?





*CRS= chicken rice shop

***

September 27, 2011

Melancholy


Really hope everything is fine since I had enough of this crap 'passing through' every now and then!








   



***

September 25, 2011

A Day With The Sick But Cute Lana



Hari sabtu semalam, sepatutnya aku jaga cucu aku, Lana. Tapi Aiman text aku dan cakap yang Lana demam. Aku terus stress. Mana tak nya, Lana dah demam hampir dua minggu kot. Dah siap ke klinik dan hospital serdang tapi masih tak ada beza. In fact dah siap buat nep (betul ke eja ni!).



So aku terus cakap kat aiman yang aku akan jumpa dia di KPJ (Hospital prebet kat kajang). Kena jumpa specialist gak. Heran gak kenapa tak baik lagi demam dan asyik muntah je.



So sampai di KPJ, ada pulak open house kat sepital tu. Sepital pun ada open house gak. Sangat bagus di situ. Tapi aku ni puasa so aku tumpang lalu je. Buat open house betul2 di pintu depan sepital. Actually Maisarah drop aku dan dia terus pergi kelas. Sampai je aiman, aku terus sambut Lana. Suam je badan dia. Of course menangis. Dah jumpa grandma pun sebulan sekali. Manalah nak kenal rapat dengan grandma niha (nak sepak je kat aiman tu sebab tak bawa jumpa aku!).




Aku dukung dia. Miza register. Aku bawa Lana turun untuk belikan toys. Manalah ada toys sangat kat sepital ni. So beli belon dan apa ke benda tah. Dia main kejap. Aku dah lenguh tangan. Memang tak kuat aku lagi dah nak dukung budak kecil. 



Sejam lepas tu baru jumpa doktor pakar. Dah lupa nama doktor tu tapi masa aku datang tadi aku sempat jenguk rupa dan nama semua doktor kat sepital di ground floor. Of course bila dah jumpa, tak terkejut sangat sebab muka agak familiar (tengok gambar tadi ler tu).



Tentu handsome. Ceh. Senyum aje dari mula hingga akhir. Mesti dia ingatkan aku ni bibik Lana sebab aku masuk sekali dengan aiman dan miza. Hehheh. Bibik pun bibiklah janji dapat tengok muka doktor yang handsome. 



Taklah. Dah sure dia bukan ingat aku ni bibik Lana sebab aku pandai berbahasa Inggeris. Inggerislah sangatkan. Aku banyak tahu jugak terms scientific yang dia terangkan. Dah 6 anak aku, so dah macam tahu semua. Patutnya aku jadi medical doktor ek. 



So Lana kena x-ray. Dia wheezing sikit. Syukur x-ray clear. Ambik ubat segala. Bayar bil untuk sengih dan senyum doktor handsome tu. Memang semestinya KPJ ni ambik doktor yang handsome sebab boleh laku dan aku sudah tertipu dengan kehandsoman dia. Dan of course, mahal bil tukan. huahuahua.



Lepas tu aku dan miza bawa lana ke alamanda. Nak bagi dia tukar hangen. Bagi dia makan whipped potato. Jalan lagi. 



Terbeli cabin luggage. Dah cabin luggage aku dah rosak ritu. So mana tau aku akan berjalan sakan lagikan.



Balik rumah. Eh, lupa. Belikan Lana sandal bubble gummer. Sampai rumah, bagi lana pakai. Dia cuba jalan. Berbunyi pulak sandle tu. Dia terus tak bergerak. Kaki dia menggeletar sebab dia takut bunyi tu setiap kali jalan. Anak saper tu?



Dua minit je takut. Lepas tu memang berdecit-decit je bunyi. Malam Lana pulang.




Aku tinggal rumah tanpa Lana.





Hish, kena cari cucu baru ni. Asyik tak ada je cucu sorang ni.


***


September 23, 2011

Air Paip England



Aku paling rindu nak minum air paip di England. Hishh. Paling best kalau dibiarkan air paip tu pasang seketika dan minum. Pasti sejuk dan segar. 



Jom pulang ke England for the air paip.


***

Konvo KLIUC


Anak aku si Aiman dan Muhammad akan berniaga di KLIUC sempena konvo esok. 


Sebab tulah aku kena jaga cucu aku. 


Harus minta upah jaga cucu ni. 


Sejam 200 pound cukuplah. Tak minta banyak pun.



Grandma yang sangat berkira. Muahahhaha!!




***

Nota Di Pagi Jumaat


Pagi-pagi buta aku dah sampai office. Sunyi sepi di pagi Jumaat di fakulti ni.



Actually, aku ni macam banyak kerja tapi hari ni macam tiba-tiba nak tulis paper pulak. Tapi masalahnya, tahun ni dah cukuplah jurnal aku. OK fine. Aku tulis untuk tahun depan. Macam best je nak tulis bila mood datang. 



Eh, esok aku babysit cucu aku, si Lana. Sure comelkan! 


To Lana, jom ikut grandma ke Alamanda. Kita cari toys.


***

September 22, 2011

Surat Untuk Mak


Assalamualaikum




Mak,


Dah lama saya tidak menulis pada emakkan! Maaf pada mak jika saya tidak sempat untuk berutus. Saya sentiasa ingat pada mak dan saya sentiasa doakan untuk mak. Tidak lupa pada abah jua!


Raya lepas saya dan anak-anak sambut dengan meriah sekali. Yalah, beraya di Malaysia semula. Tahun lepas agak suram sikit raya kerana saya beraya bersama tiga anak di England. Tapi saya tahu anak-anak yang lain di Malaysia ketika itu menyambut raya dengan gembira. 


Saya amat bersyukur kerana dapat ziarah pusara mak dan abah tempohari. Terlintas juga di hati saya yang saya ingin berada di sisi mak dan abah nanti. Di tempat yang sama. Macamana? Boleh tak, mak?


Ya, mak! Saya sudah pun mengajak semua anak-anak untuk ziarah mak setiap raya tetapi saya tak tahu mana silapnya hinggakan ada anak yang lupa untuk ziarah mak dan abah. Sedih jugakan, mak! Saya bayangkan bila saya bersama mak dan abah nanti, anak-anak lupa untuk ziarah saya. Mesti rumput liar yang akan bersama saya nantikan!


Sejak saya pulang dari England tempohari, saya banyak rasa berbeza berbanding dengan sebelum saya pergi. Saya rasa saya lebih banyak rasa tenang dan menghadapi segala dengan keadaan lebih tenteram. Agaknya kerana usia saya kot, mak. Memang dulu pun mak selalu pesan untuk berpijak di bumi nyata supaya selalu ingat pada diri akan kehidupan yang sementara ini. 


Memang betul kata mak tu! Saya akur. Tapi kadangkala saya terikut perasaan juga dan membuatkan saya kesal selepas itu. Syukur kini saya sudah kurang itu semua, mak. Saya lebih banyak berdiam dan tumpukan perhatian pada anak-anak dan kerja tapi yang utama saya harus bersedia untuk bertemu mak dan abah. Tidak begitu, mak!


Sejak kebelakang ni saya selalu mimpi akan mak. Tapi mak tak bersuara. Mak cuma senyum pada saya. Saya gembira bila dapat bermimpi yang saya bersua dengan mak. Mak nampak lebih kecil. Tapi mak tetap cantik. 


Ya, mak. Saya mimpi juga akan abah. Abah yang pendiam tu. Dalam mimpi sudah tentu abah tidak akan bersuara. Tapi abah tampak seperti dulu juga. Kurus, tinggi, putih dan sentiasa kemas. Memang sama padan dengan mak yang cantik, kecil dan comel. Tapi saya tak pernah mimpi akan adik, mak. Entah kenapa. 


Mungkin kerana saya tidak pernah tengok adik sebelum ini. Masa di pusara tempoh hari, saya tidak jumpa akan adik. Ateh cakap, adik ada di tepi pagar tapi saya tidak sampai ke situ. Saya minta maaf banyak-banyak mak sebab tidak jenguk adik. Kakak apalah saya ni ye, mak.


Mak tahu, cucu mak si Widad tu, dapat keputusan yang cemerlang dalam GCSE O-Level baru-baru ni. Memang saya sangat gembira, mak. Kalau mak ada sini, sudah tentu mak akan bangga. Widad ni sebenarnya mempunyai perangai yang 'blur' sepanjang masa tapi berkat galakan dari Aliaa, Aiman, Maisarah, Muhammad dan berkat selalu bergaduh dengan Alim, dia berjaya membuktikan yang dia tidak selalunya 'blur'. 


Tapi bukan Widad sahaja yang mak akan bangga kerana Aliaa sekarang ni sudah dalam tahun 2 buat PhD. Tak lama lagi mak akan dapat cucu pertama yang peroleh doktor falsafah dalam bidang engineering. Ya mak, saya aje yang sebut Aliaa ni dalam bidang engineering. Saya memang mengharapkan dia dalam bidang ni.Sedangkan Aliaa selalu cakap yang dia dalam bidang geomatic. Tapi bukan ke dia ambil geomatic engineering, jadi mestilah engineerkan.


Mak pun tahu yang mak sudah ada satu cicit. Aiman dan Miza ada seorang anak. Lana nama dia. Sangat comel dan rupa dia memang sebijik muka Aiman. Ada ala-ala cina dan sememang dari muka abah. Tapi abah ni cina moden. Hidung mancung. Tapi aiman taklah hidung mancung. Mesti ikut saya tu, mak. 


Maisarah masih belajar lagi, mak. Lagi setahun siapkan bachelor dia tu. Nanti dia kena sambung hingga ke peringkat PhD jugak, mak. Maisarah yang selalu temankan mak untuk berjalan ke wednesday market masa di England dulu tu. Mak mesti ingatkan! Yang selalu berkepit dengan mak kehulu dan kehilir. 


Muhammad pun dah  masuk universiti, mak. Dia ambil jurusan computer science. Nampak macam dia gembira dengan kursus tu. Alim, cucu mak yang bongsu ni pulak, asyik stress je. Baru umur 12 tahun dah kenal apa itu stress. Entah dapat dari manatah, mak. Baru ambil UPSR dah tak tentu arah. Kelmarin dia telefon saya dan tanya, kalau dia tak dapat 5A, sekolah mana yang dia harus pergi. 


Saya pun hairan kerana, masa saya kecil dulu, langsung tak terfikir akan hal tu. Saya rasa kerana dia tengok kakak dan abang sudah masuk universiti dan masing-masing belajar hingga ke peringkat yang tinggi. Nanti saya tarbiahkan dia, mak.


Saya dah jarang keluar rumah, mak. Bukan keluar sangat pun sebelum ni tapi saya sudah jarang buat moonlighting. Mungkin dah tak berdaya. Tahun ni saya berumur 50 tahun. Dah setengah abad dah ni. Tapi dah nampak ciri-ciri tidak larat dalam diri saya mak. Asyik sakit memanjang. Tapi saya gagahkan juga. Bukan sakit teruk pun. Setakat sakit urat je pun. Ni mesti saya makan tak betulkan, mak. 


Sambil saya cerita ni, saya terbayangkan yang mak berada di depan saya. Tentu kita akan berbual sambil ketawa. Dah lama saya tak pegang tangan mak. Tangan mak yang comel dan berkedut tu. Bukan apa, bila saya tengok tangan saya sekarang, memang sudah berkedut pun. Macam tangan mak. Mesti kita akan ketawa bila tengok tangan masing-masingkan. 


Hari ni hari khamis. Malam nanti saya akan bacakan Yasin untuk mak dan abah. Ya. Saya tak pernah lupa akan mak dan abah. Tapi mak tahu, apa yang mak alami dulu, saya alami juga. Memang kena tabahkan, mak. Kena banyak bersabar dalam hidup ni. 


Mak, saya pergi dulu. Nanti saya akan bercerita lagi. Saya tahu saya memang rindu pada mak dan abah sentiasa. Rindu nak salam mak. Rindu nak peluk mak. Rindu nak cium pipi mak. Rindu nak sembang dengan mak. Rindu nak ketawa dengan mak. Rindu nak tengok abah yang senyum sinis bila cucu datang. Rindu nak dengar suara abah. Rindu segala.



Saya mohon maaf, mak. Saya mohon maaf, abah. Saya doakan mak dan abah ditempatkan bersama orang yang beriman. 




Salam rindu dan sayang.


Saya




***

September 20, 2011

Brunei - 10



Ada juga gambar-gambar bersama presenter dari Malaysia dan luar negara serta bersama staf DBP. Letak gambar ni di sini, jangan tak letak.


PM Dr Inderawati (UM) dan DrNotts (kenapa rendang sangat DrNotts ni. Hishh.)

DrNotts dengan delegasi dari Singapura

DrNotts dengan Saudara Azurin (orang kuat DBP Brunei)

Staf DBP, DrGoh (USM), PM Dr Ding (UKM), PM Dr Victor (Rusia), Staf DBP, DrNotts, DrUpsi, Yong (MMU), Prof Dr Koh (Korea)

Staf DBP, Staf DBP, DrNotts

Yong (MMU), DrUpsi, DrNotts

Pembentang kertas kerja dari serata dunia. Tak hengat semua nama.

DrUpsi, DrNotts, Yong (MMU), PM Dr Razak (UM), Saudara Azurin (DBP), Student dari Uitm Sarawak (kot?)

Widad dan Peserta dari Indonesia



Sekian.


***

Brunei - 9



OK fine. Aku letak gambar masa aku present di Brunei. Ingat nak humble. Yerait! Aku adalah the last presenter. Ya. Sangatlah last. Ni mesti pasal paper aku tak interesting. Sigh.


DrNotts, DrUpsi, Pengerusi dari Indonesia, DrJepun

Senyum kat Widad di bawah tu. Agak lama menunggu dua presenter present. Aku yang paling akhir hokey!

Lepas ni nak pergi shopping!

Oleh itu kanak-kanak, kita haruslah ....

Menjawab soalan dari audience

Yay, aku dapat satu kamus Nusantara dari DBP Brunei


DBP Brunei memang kaya hokey. Memang tip-top dan first class punya layanan dan kongress yang sangat berjaya. By the way, kamus Nusantara tu memang yang terbaharu diterbitkan. Terus rasa pandai. Muahahhaha. 



Rasa macam kurus pulak dalam gambar ni. Hmmm. Silalah bagi aku peluang untuk perasan.


***

Brunei - 8



Apa yang aku tahu mengenai Brunei setelah ke sana 4 hari 3 malam dan 20 tahun dulu aku pernah datang sekali,

1. Brunei sangat serene.

2. 90% gadis memakai tudung silk or from Tie Rack (empat segi) yang bercorak. Memakai dua kerongsang. Satu di bawah dagu dan satu di hujung tudung.

3. Kebanyakkan lelaki dan perempuan Brunei putih-putih belaka.

4. Orang Brunei memang baik dan mesra.

5. Masjid yang sangat cantik dan unik.

6. Tiada profesion sebagai pemandu teksi kerana tak jumpa teksi langsung. 

7. Tiada bas awam (mungkin aku yang tak jumpa).

8. Mercun dan bunga api dijual secara terang-terangan. Tak pulak putus tangan or jari.

9. Acara yang aku hadir dihadiri oleh Sultan dan dua adik serta seorang anak.

10. Acara formal yang dipermudahkan. Tiada banyak protokol. Sangat bagus.

11. Sultan yang mesra rakyat. Sentiasa senyum.

12. Rancangan televisyen yang banyak mengenai kegiatan Sultan serta kaum kerabat bersama rakyat. Sangat bagus.

13. Aku ingin bekerja di Brunei nanti sebab Brunei negara yang banyak memberi aku masa untuk berfikir dan beramal.

14. I love Brunei.

15. Aku dapat jumpa, bergambar dan bersalaman dengan Sultan Brunei (am going to say this like forever).

16. Aku nak pindah ke Brunei. 

17. Stesyen minyak Shell ialah kepunyaan Brunei.

18. Tak sempat nak makan ambuyat.

19. Dapat makan nasi di Sugar Bun.

20. Brunei is really amazing!


***

Brunei - 7


Best pulak rasa puasa semalam. Walaupun sepanjang perjalanan pulang dari Brunei tu lama aku rasakan dan aku tidur sepanjang perjalanan tu. Ya, 2 jam bagaikan 10 jam. Sepanjang perjalanan tu pulak, orang di belakang aku asyiklah berbual. Kuat pulak tu. Rasanya nak suruh mereka diam je sebab mereka ni berbual macam menjerit. Apahal?


Sempat jugak aku dengar perbualan tu.


Passenger A:  Basically, my trip .................. Yup. I understand. .......... I will go to UK next week.............. We have to meet.

Passenger B:  Good business. .......................... This is the right way. ......................... We can start a new business ................................ 


Ni baru sikit je perbualan. Lama hokey. Dia orang ni berbual hampir seluruh perjalanan.



Ada yang aku dengar dan ada aku sambung mimpi aku sendiri (yang bahagian dot dot perbualan di atas tu aku tak dengar pun) tapi mimpi aku kena kacau dek perbualan dia orang ni. Hishhh, nak berbisness pun kena kuat sangat ke?


Bila nak touch down, barulah Passenger A balik ke tempat duduk dia. Lerr, dia bukan duduk di belakang rupanya. 


Kalau nak bermesyuarat tingkap pun, silalah pilih tingkap lain. 



****

September 18, 2011

Brunei - 6



Sambil menonton TV di hotel di Brunei ni, aku terfikir, alangkah bagus jika aku dapat kerja di sini. Suasana yang boleh membuatkan aku lupa akan hiruk pikuk kota dan kerja tak sudah dan boleh membuatkan aku jadi Alzheimer dengan lebih cepat dari waktunya. 


Gulp. Alzheimer?


***

Brunei - 5



Hari ni aku kena present paper. Sepatutnya parallel session tapi oleh kerana ramai orang, mereka buat keputusan untuk buat semua di Dewan sahaja. So for the first time aku present di hadapan lebih 500 audience. Fuh, sangat bagus punya kongres.Takut? Gentar? Tidak langsung sebab mungkin dah biasa. Sila jangan show-off.

Selesai sudah semuanya dan penutup, kami dibawa berjalan lagi. Pergi ke Mangrove (eh macam kat Malaysia pulak). Ada special lunch and hi-tea. Of course aku makan hingga pengsan. Best wooh!










Malam tu, aku dah tak larat nak pergi dinner lagi. So aku dan Widad jalan-jalan lagi round bangunan kami tu. Tak beli apa pun sebab badan penat entah kenapa. 

Balik bilik, telan ubat dan pengsan.


***

September 17, 2011

Brunei - 4


Habis acara perasmian, pembentangan kertas kerja diteruskan.

Actually aku dah rasa macam nak demam. Entah kenapa. So aku dan Widad duduk belakang dan duduk di bawah aircond dengan harapan tidak sejuk sangat. Kalau tidak memang boleh menggigil dibuatnya. 

Petang tu, kami minta urusetia bawak kami keliling Brunei. 

Sempat jugak tengok istana utama Brunei. Memang cantik. Dome yang diperbuat dari emas.

Malam pulang dan TKO.






***

Brunei - 3



Pagi ni kami berkumpul di depan hotel. Kami dihantar ke ICC (entah apa makna akronim ni tah, aku lupa!). Terus ada dua pembentangan dari Malaysia dan Indonesia. Lepas tu kami dibawa ke Dewan Utama untuk acara perasmian.

Kami dapat duduk belakang. Nasib baik dapat tempat duduk sebab punyalah padat dalam dewan tu. Rasa macam satu Brunei hadir pada hari tu. Sambutan memang kelas. Yalah, sambutan 50 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. 


Aku kagum kerana di Brunei ni kalau duduk di tempat khalayak, mestilah diasingkan lelaki dan perempuan. Sangat kagum di situ.



Tak lama lepas tu, Sultan pun masuk ke Dewan. Sangat tampan. Tegap dan tersenyum sambil memandang ke kiri dan kanan. Ya, aku sangatlah jauh so tak berapa nampak di situ. Cis, patutnya aku duduk betul-betul sebelah dia jalan. Hish. 

Selepas ucapan demi ucapan dan hadiah untuk penulis, Sultan terus jalan keluar. Aku nampak urusetia berkejar untuk mengiringi dia tapi Sultan ni sangatlah humble dan mesra rakyat kerana sambil jalan tu, dia sempat juga senyum dengan khalayak. 

Aku dan Widad sudah pun berubah tempat. Dekat dengan carpet merah tu. Sempat juga nampak dia secara dekat. Terpegun. Tapi memang orang lain yang di belakang dia pun kena jalan cepat macam dia. 

Sultan ke pameran. Aku dan Widad ikut belakang. Dengan harapan dapat ambil gambar dia nanti. Bersama Sultan ada dua adik dia yang merangkap menteri juga.HRH Pengeran Sufri Bolkiah dan HRH Pengeran Mohamed Bolkiah. Anak Sultan pun ada. HRH Prince Malik yang tampan.


Yang penting, aku dan Widad dapat bersalaman dengan Sultan. 


Aku nak print gambar aku bersama Sultan.


Puas hati kerana misi aku untuk membawa Widad untuk berjumpa dan bersalaman dengan Sultan tercapai juga.


Syukur.


***

September 16, 2011

Brunei - 2



Sampai Bandar Seri Begawan lebih kurang pukul 3.30 petang. Ada airport pick-up. Memang kelas. Tak pernah pulak aku ni ditunggu kerana selama ni aku je yang buat pick-up. So agak terasa seperti sangat penting di situ. 

Ada bas persiaran sudah menunggu. Ada 8 orang dari Malaysia. Yang jemput kami tu adalah 8 orang jugak. Terus kami dibawa ke restoran untuk minum teh. Aku cuba jugak makanan Brunei. Memang sedap.

Terus check-in ke hotel. Silalah tengok gambar bilik hotel.




Ya, hotel pun Brunei sponsor. Sultan yang sponsor. Tak kiralah berapa star hotel ni tapi bagi aku, sudah cukup bagus dan bersyukur sangat-sangat dapat layanan istimewa. 


Lepas solat jamak bagai, aku dan Widad ke Giant. Ya, ada giant kat Brunei ni. Bangunan hotel ni bersekali dengan bangunan shopping complex yang ada juga giant (apa yang aku type ni?). So kami jalan seround sebab nak beli baju formal untuk Widad since hari sabtu ada ceremony bersama Sultan Brunei. 


Sebelum tidur terus berangan nak bersalaman dengan Sultan Brunei. Best giler dapat berangan ni. 


***

Brunei - 1



Widad dah pun sampai dari kampung malam tadi. Kami akan ke Brunei sekejap lagi. Minta tolong Aliaa hantarkan ke LCCT. Ya. Kami naik Airasia. Sangatlah tidak teruja. Sebab airport tak best dan kerusi dalam plane amat kecil. Tapi yang herannya masa kami balik ke Malaysia dari England ritu, kami naik Airasia. Kerusi sangatlah besar dan ruang kaki sangatlah luas. Memang puas hati. 


So kami sampai awal. Breakfast kat Marrybrown. Tak best. Cekadak betul. Of course kanak 5 ni asyik berposing aje mentara di airport tu. Tak apalah. Hari dia. Lagi pun ke Brunei bawa dia sebab hadiah O-level dia tu.

September 15, 2011

Call College Widad Di Nottingham


Baru kejap tadi aku call college Widad di Nottingham. Aku nak tahu kenapa surat yang mengandungi results GCSE dia masih tak sampai Malaysia lagi sedangkan dah 3 minggu menunggu bagi nak rak (surat sudah dipos oleh pihak college pada 26 August lagi). Agak kecewa sebab kalau tidak dapat results dia, dah sure dia tak boleh apply scholarship mana-mana. Hishh. 


So tadi, Sarah (examination unit di college tu) cakap akan cuba scan results dan hantar ke email. Boleh aku print dan hantar for scholarship application. Or else, memang payahlah. 



Apa kena dengan Royal Mail?



Atau apa kena dengan Pos Malaysia?




Salah siapa sekarang? Jawab.



***

Kad Sushi King


Ingatkan minggu lepas boleh buat kad sushi king tapi rupa-rupanya hari ni baru mula. First come first serve. Maksudnya selagi ada kad tu, bolehlah apply. Memang jimat kalau ada kad ni sebab boleh tolak 10%. Aku dan anak-anak aku yang kenduri kat sushi tu biasanya kalau 300 hengget, dah sure dapat tolak 30 henggetkan. Sangat jimat. 

Budget nak jadi orang Jepun ke? Memang tidak tapi nak belajar makan makanan mentah. Supposedly healthy. Healthylah sangatkan.


Balik semula ke opis dengan gumbira kerana dapat buat kad. Rege kad 20 hengget tapi dapat balik voucher 20 hengget. So maknanya buat kad tu percuma, John!



*gambar pinjam kat google

***

Mereka Yang Terkedu



Apa nak buat! 


Dah memang tersurat untuk berjumpa aku semester ini. Memang kena banyak berdoa wahai mereka kerana DrNotts sudah pulang (sila kedu sekarang!). 


Sedarlah wahai mereka bahawa DrNotts ini memang tidak mudah senyum tetapi sangat baik (oh tidakkk!).


Bermulalah epilog cinta mereka dengan DrNotts nanti.







DrNotts ada lunch date dengan DrSheffield. Kami nak makan kimbap! Yumeh!.


***

September 13, 2011

Muhammad Dan Kawan Dia


Minggu lepas Muhammad bagi tau, kawan-kawan nak beraya. 8 orang. So aku pun suruh Maisarah goreng macaroni. Lepas makan, budak-budak tu pergi swimming kat swimming pool di bawah. 


Balik dari swimming, si Muhammad ni yang malas nak bersuara (tersangat malas) memberi signal kepala dan mata ke arah kawan perempuan dia.


Aku tengok dia bangun sapukan roti dengan chocolate spread (Dia = kawan perempuan si Muhammad).

Muhammad bagi signal lagi.

Dia bangun ambilkan air.

Muhammad bagi lagi signal.

Dia bangun dan buatkan roti lagi dua keping.






Aku hulurkan tangan dan sepak muka Muhammad.

Tapi tak sampai.

Ceh.


***

Alim and Me



Cuba call Alim pagi tadi. 6.45 pagi. Dia dah ke sekolah rupanya. Cepat betul. Widad cakap, pagi ni masih ada kelas tambahan or last tips for the exam.

Aku pulak yang stress.


Tapi malam tadi, 

Alim. Why can't I go to Brunei with you?.

Aku.  The Brunei thing is a present for Widad. For her good results.

Alim. What about me?.

Aku. If you get good results, you can choose where you want to go.

Alim. Really? Just the two of us, right. No Widad or anyone else.

Aku: Yup. Just the two of us. Where do you want to go?

Alim. Korea.

Aku. Hmm, not Korea. Too far. You know I hate long flight. OK, fine. I give you three choices. Singapore, Indonesia or Sabah (dalam hati, sebab dekat (Singapore), boleh beli telekung (Indonesia), pantai cantik and ada Sabah pearl (Sabah).

Alim. But why only 3. What about China? 

Aku. No. Not China. Too far.

Alim. What about Japan?

Aku. Not Japan too. Earthquake.

Alim. OK fine. I will think about it. But only the two of us okay. No one else.

Aku. OK. Just try you best in your UPSR tomorrow.

Alim. Guess what, Mum. I can't believe I'm gonna say this. 'Tomorrow is UPSR'. See I can't believe I said that. 

Aku. Honey. I believe in you. 


Baru ambik UPSR tu. Belum PMR, SPM, UNI. Sure terkedu habis.


***

Reminder To Myself


Jangan. Tak perlu fikir perkara yang remeh temeh tu. Kalau rasa nak keluar, pergi je. Sementara tu, carilah peluang yang baik untuk senangkan hati. Let it go!



Hari ni baru nak masuk satu cerita yang aku tak boleh nak terima so aku kena ingatkan diri aku untuk tepiskan cerita itu dan let it go.


***

Pesan Kawan



Kawan aku berpesan. In fact, selalu ingatkan aku. Jangan tinggalkan botol air atau makanan di ofis. Aku heran jugak sebab biasanya memang aku suka tinggalkan botol air aku sebab malas nak beli atau bawa yang lain. 

Actually dia cakap, dia dah terkena. Ada sekali tu, dia tertinggal botol air dia di ofis. Keesokan harinya, dia dapati botol air dia tu penuh dengan daun-daun kering yang dihancurkan (jadi kerja siapa yang buat tu!).

*

*

*

Kesimpulannya, ada bunian kat bilik aku ni ke?


Sebab so far tiada pun kejadian serupa tu!


Jasper?


Wink*


***

Suka Perhati Orang di Alamanda


Aku suka perhatikan orang kalau aku ke shopping complex. Tak sedar yang orang perhati aku tu! So Sabtu lepas, aku ke Alamanda. Memang ramai. Seperti biasa, student SAS (Sekolah Alam Shah) memang ramai. Dengan memakai tshirt biru dan tertera huruf SAS di belakang, seluar slack hitam dan kasut hitam dan of course tali pinggang yang hampir sama untuk semua sebab tiada corak, semua pasti kenal yang itu budak SAS.


So aku pun ke food court. Teringin nak makan nasi padang. Sambil duduk aku nampak mereka ni order pelbagai jenis makanan. Dalam hati aku, ni mesti duit raya sebab agak mewah juga mereka order makanan. Sekali sekala dan keluar pulak dengan kawan, of course seronok. Kebanyakkannya order yee mee sizzling sebab raya ritu mungkin tak jumpa makanan tu (terus aku nak order yee mee tu!). Aku senyum je tengok sebab mereka nampak happy makan ramai-ramai. 


Di satu sudut lain pulak, ada tiga orang budak perempuan. Mungkin berumur 11 hingga 13 tahun. Mak bapak tiada sebab mereka ni bayar makanan sendiri. Salah seorang tu mengeluarkan duit sepuluh ringgit dan meletakkan duit itu ke hidung. Nak bau. Dan terdengar dia berkata, 'Duit raya aku ni!'. Mereka ni order chicken chop tapi dua pinggan je sebab seorang lagi tu share dengan kawan dia yang lain. 


Lepas tu aku singgah McD. Nak beli ice-cream (ni tak reti kenyang ke?). Memang ramai betul. Selain student SAS, ada juga remaja lain. Sah-sah budak sekolah menengah sebab gaya pakaian dan kawan-kawan. Walaupun mereka ni masih sekolah tapi aku tengok mereka ni still jaga tata terbit (tiada watak mengada atau over di situ!). Dalam hati aku, 'oklah sebab perabih duit di McD'. Lagi pun raya kot!



Tujuan cerita ni memang ada.


Bak kata Aliaa, memang eloklah dia orang tu perabihkan duit raya begitu sebab ada sekali tu (minggu lepas), si Aliaa pergi ke Seven E. Dia terjumpa dengan remaja perempuan dalam belasan tahun (budak sekolah), mengeluarkan duit 50ringgit. Beli top-up. Arghhh. Membazir betul duit raya beli top-up. Kan elok kalau beli makanan ke. Nampak gaya macam budak dari taman je atau pun dari kampung sebelah. Hishh. Banyak betul duit raya tapi digunakan dengan entah apa. 



Duit raya Alim sudah pun dimasukkan dalam ASB dia (terus guilty). Duit Widad pun gitu gak (kena paksa simpan). Dulu masa kecik, memang aku bawa ke toy'r'us. Beli toys yang mereka suka dengan menggunakan duit raya tu. Baru dia orang appreciate toys tu sebab beli sendiri. 



Ahhh, penat nak type dengan keyboard ni. Huruf tenggelam dan tak timbul. Kena korek dengan pen baru boleh guna. Cis.



Boring punya cerita. Actually malam tadi aku susah nak lelap so aku teringat nak type je cerita ni supaya aku tak lupa. Ni pun ada gaya nak dapat mini Alzheimer!



Otukeh?



***

Agak Terkezut Di Situ


Aku baru jumpa kawan aku ni (eh, aku ada kawan?). Well, dah bertahun tak jumpa. So dia pun cerita. Department dia kena merge. Bunyi macam bank yang hampir bankrup je. Tapi aku musykil tu, dia bukan kerja bank tapi adalah pensyarah di universiti. First time aku dengar yang department pun boleh merge. OKlah, dalam bahasa yang lebih teratur lagi, bukan merge tapi department kena tutup terus dan staf diarahkan masuk ke department lain atau fakulti lain. 


Terus aku terfikir, kalaulah aku diarahkan buat begitu, aku pilih department or faculty mana ek?



Fakulti Alam Sekitar?


Erk.



Tiada motif di situ.


***

September 12, 2011

Kasihan Pada Kanak Ini



Aku tak paksa. Aku tak paster pun dia ni. Tapi dia ni memang perangai gitu. Kalau ada test bulanan pun dia akan risau dan baca buku bagai nak rak. Baru 12 tahun tu. Tapi dah kenal erti stress. Cuba relax sikit dan enjoy life sebagai teenager. Eh, silap. Enjoy life jadi kanak.


Esok dia UPSR. Tadi call, dia masih ada kelas tambahan di sekolah. Hujung minggu ritu, dia kat sekolah memanjang. Sekolah dia tu sekolah kampung dan every year memang results sangat bagus. Tapi aku memang tak paksa dia untuk score sebab aku tahu manalah boleh nak score kalau sekolah cuma 2 bulan setengah je.


Gambar-gambar bawah ni, semua gambar masa di Italy, Belgium, UK dan Ireland. Bila aku amati, aku nampak macam ada rupa nerd sikit. Patutlah dia dah mula nak bagi tarbiah kat semua kakak dan abang dia tentang hal dunia. Hishhh.


























I love you, honey!



Love,

Mum



***




September 6, 2011

Dua Kanaks Plus Kurang Stress?



Kanak 5 aka Widad, trial SPM hari ni. 


Ya. Dia kena buat juga SPM walaupun results O-Level dia memang kira tak perlu nak buat SPM lagi dah. 


Tapi Widad perlu ada Bahasa Melayu untuk hidup di Malaysia. So aku cakap, buat je the best. Kalau semua credit pun tak apa. No pressure here. Muahahahha. OK fine, Widad akan cakap, tak sekolah for two years and baru balik Malaysia for 2 bulan setengah, mesti tak akan dapat results yang baik for SPM (banyak punya alasan awak ye!). So, just the bahasa Melayu paper perlu dipressurekan. Sila.




Kanak 6 aka Alim akan UPSR minggu depan. 


Aku dah pesan pada dia. Buat je mana mampu. 


Mum will never blame you for the results. Lagi pun, baru sekolah 2 bulan setengah sejak balik Malaysia. So aku tak expect pelajaran yang bertahun dibuat dalam masa sekejap tu.


No worries, honey! Mummy will still love you no matter what!


Persoalan: Kenapa Widad tak boleh bagi alasan for her not being in Malaysia and Alim pulak, aku yang bagi alasan untuk dia. Hmm, memang tak adil DrNotts. Oii, Alim budak tecit, hokey! Heh.






Aku?

Aku tak stress pulak kali ni. Aku dah stress dari anak nombor 1 hingga 6. Eh, macam semua kanaks je ni.

Kiranya dah penat nak stress lagi ni.

Tapi perlu jugak kadangkala.



Ini senarai stress aku sebelum ini:

Dari Aliaa (for her UPSR, PMR, A-level, Bachelor Degree, Masters and now PhD)- nasib baik kanak ni tak ambil SPM (phew!)

Dari Aiman (for his UPSR, O-Level, National Diploma, Higher National Diploma) - nasiblah kanak ni tak ambil PMR dan SPM (phew lagi!)

Dari Maisarah (for her O-Level, Diploma, Bachelor Degree) - sangat nasib baik sebab kanak ni tak ambil UPSR, PMR dan SPM (sangat phew!)

Dari Muhammad (for his PMR, SPM, Diploma) - nasiblah kanak ni tak ambil UPSR (amat phew!)

Dari Widad (for her UPSR, PMR, O-Level).

Dari Alim (for all his ujians and end of year exams).




As for the coming exams for all the kids, aku akan fikir samada nak stress atau pun tidak. Boleh? Itu lain punya stress. Lain hari boleh fikir.



As for now, aku tak mahu fikir lagi dah. Dah tuo makcik niha! (slang nogori kalau boleh!)



So Widad. Selamatlah awak kerana tidak dipaster oleh Ibu.

So Alim. I know you will do your best and I know you don't want Mummy to worry.





Alim actually sudah berbisik pada aku masa raya ritu. Kalau dia dapat good results, aku perlu bawa dia outing. Like Widad yang aku akan bawa ke Brunei nanti sebagai hadiah O-Level dia. So, aku cakap pada Alim, kita ke Singapore sudah (sebab dekat). Or kita ke Indonesia (boleh beli telekung sekali. hehe). 




Kadang-kadang, rasa nak cakap je dengan anak-anak aku ni. 


Dah merata dunia aku bawa berjalan, still nak keluar negara lagi?


Oiii, Sabah dan Sarawak pun awak semua belum sampai hokey!


Hmm, suddenly aku bawa Alim ke Sabah pun okay kan. For his UPSR results nanti. 






Aku ingat nak bawa cucu aku si Lana for the next stay abroad. Rasanya menangis tak mak pak dia?


***